Tuesday, November 10, 2009

Jgn Tipu Perasaan Sendiri =)

Menjadi Diriku
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


p/s : Tak mampu nk tipu diri sendiri.. maaflah. Saya ini jenis telus sikit. Kalau org lain suka terus terang takkan dengan diri sendiri nak tipu.So.. saya ckap terus teranglah saya tak suka tipu perasaan saya sendiri. Tapi kalau hal itu salah saya memang terus terang tak suka. Kalau hal itu bagus, terus terang saya kata suka. Kalau hal itu menyakitkan saya diam-diam sendiri.. [hehe].

Ya ALLAH aku menrinduiMu... [ basahilah lidahmu dengan zikirullah =) ]

Cinta Kampus: Matlamat Halalkan Cara

Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.

Cinta siswa siswi senonimnya cinta anta anti.

Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah.




HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

ameen

sumber link :http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/cinta-kampus-matlamat-halalkan-cara.html

p/s : Saya suka artikel ini. Saya sudah siapkan satu artikel pasal cinta cumanya ia agak kasar sikit. InsyaALLAH akan di publishkan..=)

News Monitoring ~ sosial

Mayat bayi di surau





KUALA TERENGGANU: “Saya ingatkan ada orang tertinggal anak patung dalam surau, tetapi selepas dihendap dua tiga kali, baru perasan ia sebenarnya bayi yang cukup sifat,” kata bilal Surau Budiman, Mohamad Embong, 60, menceritakan detik awal penemuan mayat bayi lelaki ketika mahu melaungkan azan Asar di surau berkenaan, semalam.
Menurutnya, mayat bayi itu ditemui dalam satu bungkusan tuala merah jambu yang ditinggalkan di ruang serba guna surau itu.
“Sebaik melangkah masuk ke kawasan surau kira-kira jam 4 petang, saya terpandang satu bungkusan tuala di depan ruang pelbagai guna dan terpaksa mengendap dua tiga kali untuk memastikan objek berkenaan.
“Pada mulanya, saya ingatkan anak patung kerana ia begitu comel dan putih selepuk (gebu) tetapi apabila diperhatikan secara dekat ia mayat seorang bayi sebelum terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dikenali sebagai Mohd Khani sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan polis mengesahkan objek berkenaan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui.

p/s : Sayang.. bayi comel itu tak bersalah. =( Kami xda budak kecil kat rumah. Meh bagi kami jaga pun takper.. huhu. Senang hati je..beranak buang..ingat tgh 'melepas' kah apa?? Ish.. smoga KAU berikan petunjuk kepada mereka dan smoga mereka kembali bertaubat kepadaMU..amin2.

Monday, November 9, 2009

Saya suka tengok AWAN =)

Langit dan Rupa-rupanya yang Berbeza
www.iluvislam.com
Dihantar oleh :nk_nangis
Editor: arisHa27

Dirawikan bahawa;

Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah" sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat.

Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ

Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."
(Q.S. Hud:7)

Selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian dalam keadaan tersusun rapi dan berbuih. Maka darinya Allah SWT menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. Kedua-duanya amat berkait rapat dan dari situlah Allah SWT menciptakan angin sehingga ia membelah antara langit dan bumi, sebagai mana dikhabarkan Allah SWT dalam firmannya:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit,sedang ia berasap..."
(Q.S As-Sajadah:11)

Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA.

Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya.

Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu.

Langit:

- Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakan Raqi'ah.
- Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
- Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
- Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
- Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
- Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
- Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.

Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam.

Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya.

Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..."
(Q.S Ar-Ra'du:4)

Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.


Sumber:
-Kitab Mukashafaf Al Qulub Perawi:Imam Al-Ghazali
Glosari:
1)Jauharah: permata


p/s : Saya suka tengok awan. Ia mendamaikan dan menenangkan hati saya. Sewaktu saya form 5 selepas study saya pasti ke belakang rumah bentangkan tikar dan mula memandang langit. Awan yang memutih benar-benar membuatkan otak yang kusut menjadi tenang. Satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan ialah saya dapat melihat kepulan kalimah ALLAH untuk pertama kalinya, terkedu dan tak terkata.. SubhanaALLAH. Yang kedua ialah sewaktu di USM..ketika itu awal pagi dan waktu saya sangat sedih. Alhamdulilah... =) Saya bersyukur dan kagum dengan ciptaanNYA .. subhanaALLAH =)

Sunday, November 8, 2009

Akademi Dakwah

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

Saya bebesar hati nak ajak sahabat-sahabat semua yang khususnya yang berada di Penang dan USM untuk sama-sama join program AKADEMI DAKWAH anjuran API ( Angkatan Pemuda Islam). Program ini berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009.

Lokasi dakwah kita ialah

1. penang
2. perak
3. kedah

Dalam kursus ini bukan sahaja di ajar secara teori sahaja tetapi secara praktikal sekali. Bagaimana mendekati masyarakat-masyarakat yang bermsalah, bagaimana untuk berkomunikasi dan lain-lain. Selain itu kita ada beberapa ceramah atau slot pengisian dari beberapa penceramah yang mempunya pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Jika anda mempunyai sahabat yang mempunyai latar belakang yang buruk dan anda tidak tahu bagaimana mahu menegurnya.. InsyaALLAH di sini kami akan ajar cara yang terbaik dan pendekatan yang berhemah agar sahabat anda kembali ke jalan yang betul.

Berdakwah di sini bukanlah kita menegur kesalahan orang dan terus mengharu birukan keadaan TIDAK.. tetapi peserta lebih di dedahkan konsep dakwah yang lebih luas dan mendalam. InsyaALLAH.

Masa untuk diri sendiri..
JIka kita mula mengira dan mengukur untuk diri sendiri.. hidup kita terlalu singkat. Sangat singkat. awal bangun dan lewat tidur sahaja. TEtapi bila kita mula mengira untuk masyarakat dan orang lain.. hidup kita selama-lamanya. Kita hidup untk berbakti dan memberi manfaat kepada orang lain. Masa yang walaupun singkat terasa ada ruang untuk memberitahu dan menyebarkan sedikit kebaikan kerana kita berfikir untuk orang lain. Dan pahala untuk orang yang berbakti ini 700 kali ganda pahalanya. ( sabda Rasulullah).

=) Kadang-kadang kita sering mengorbankan diri kita demi orang lain..
ketahuilah.. suatu hari nanti orang lain akan korbankan diri mereka untuk diri kita..
kiranya kita mula mementingkan diri sendiri..
ketahuilah.. suatu hari nanti ada orang lain yang akan mementingkan diri sendiri drpd membantu kita..

Jika anda berminat silalah memberi nama kepada saya =)
tentatif program ada di sini.. http://apipenang.blogspot.com/

Sekian terima kasih,
Fairuz PPM =)

Rindu pada Mereka =,)

sahabat-sahabat yang hebat..syukur alhamdulilah


alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah...

syukur alhamdulilah ke hadrat ILLAHI..dikurniakan aku sahabat-sahabat yang hebat dan baik. Alhamdulilah, aku terpilih menjadi teman suka duka mereka semua. Alhamdulilah, aku terpilih untuk sama-sama berkongsi pengalaman mereka dan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Terasa sayang sekali kepada mereka semua. Rapat kami seperti rapat adik beradik. Tak pernah lekang. Yang jauh tu ( ehem2..lillah ler tu =p) sampai termimpi-mimpi kerana rindu kerana lama tak bertemu. Harap maaf kalau post shout tu penuh nama kami sahaja. Yang dekat ini, seperti belangkas. Setiap kali selesai subuh jemaah, kami duduk sampai bersentuh lutut. Then, kami zikir sama-sama. Hehe.. bila teringat balik, kami sampai tergelak-gelak kerana lupa next zikir apa. Huhu.. ya ALLAH peliharalah persahabatan kami ya ALLAH. Lepas tu, kami bersembang-sembang.Tak sedar langit dah cerah. Kami bersurai ke bilik masing-masing. Tapi tak sampai 10 minit, kami semua berkumpul semula. Sarapan pagi sama-sama, sharing cerita sama-sama. Then, kami beransur untuk study. Erm.. selang sejam atau 2 jam, pasti ada kunjungan kami antara bilik ke bilik. Dan bilik transit ( hehe ) itulah yang sentiasa mengumpulkan kami.

Apabila minggu exam, kami jemaah sama-sama dan baca yassin sama-sama. Waa..indahnya ukhwah fillah keranaNYA. terharu sangat, biarpun hanya seorang yang exam, kami saling bangun awal, solat jemaah sama-sama dan baca yassin sama-sama. Walaupun mengantuk gara-gara tidur lewat malam semalam, tersenguk-senguk pejam mata pun, kami bacakan yassin untuk sahabat kami yang akan exam hari itu. Alhamdulilah, terasa tenang dan tenteram sangat-sangat minggu exam.

Dan pasti, kami akan diuji. Ujian yang Dia berikan walaupun sehinggakan kami saling bercucuran air mata, tersedu-sedu..tetapi subhanaALLAH, ujian yang Dia berikan adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kami. Kami saling berlapang dada, saling membalas senyuman. Keceriaan dan kedamaian hati yang hanya ALLAH yang mengetahuinya. Alhamdulilah..alhamdulilah.

Jika ada seorang yang bersedih hati, kami akan berkumpul mendengar keluhan hatinya. Kami memberi kata-kata semangat. Kami memberi nasihat dan tak kurang juga loyar buruk. Seloroh kami yang kadang-kadang membuatkan bilik kamilah yang paling bising, bergegarlah CG hehe, dek kerana kecerian dan kenakalan kami. Yang sedih jadi tak sedih, yang tension jadi tak tension. huhu.. alhamdulilah..

Setiap kali kami berkumpul, pasti ada ilmu yang mahu berkongsi. Dan setiap kali kami bergerak kerja, kami saling faham memahami. Semuanya mempunyai skill yang tersendiri. Kehebatan mereka terserlah. Aku amat-amat mengagumi mereka semua. Terasa diri ini banyak yang perlu belajar dari mereka semua.

Ya ALLAH, peliharalah kami dunia akhirat. Dan semoga kami semua tergolong dalam ahli syurgaMU. Aminnn..

terima kasih kerana menjadi sahabat saya. Terima kasih kerana menjadi kakak saya. Terima kasih kerana menjadi peneman suka duka saya. terima kasih dengan nasihat-nasihat yang menaikkan semangat diri. Terima kasih wahai sahabat-sahabatku semua. Mungkin selepas ini, ALLAH akan menguji saya. Menguji kamu semua akan pergi meninggalkan saya di dunia kampus yang penuh cabaran. huhu.. Kamu semua akan graduate dahulu. tinggalkan saya seorang diri di sini huhu =(. Saya harus berjuang seorang diri di sini. Doakan saya, untuk terus kuat dan terus bersemangat.

p/s: rindu kat korang sampai tak terkata. Terus cari artikel lama dan paste. Biaqlah.. hehe. Walaupun dpt jumpa kak azwa tadi tapi x puas la. Nak jumpa ramai-ramai. Kita update citer masing2 hehe. =) rindu laa.. x tahu nak habaq cmna. Korang doakan org kuat kat sini. Ya ALLAH makin nak habis makin teruji plak. Hati cepat sensitif..isk2. Dah tua ka aku nie.. hehe. Doa org ye.. =,)

Takdir dan Ikhtiar

Di hujung sebuah kampung ada dua orang fakir miskin. Seorang buta dan seorang lagi lumpuh. Sepanjang kehidupan mereka tidak ada pembantu melainkan seorang lelaki yang murah hati yang membantu mereka. Suatu hari, lelaki itu meninggal dunia. Jadilah tinggallah mereka berdua beberapa dalam kelaparan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka berpakat keluar untuk mencari makanan. Si buta mengangkat si lumpuh. Dan si lumpuh memandu jalan. Keluarlah mereka berdua dan ramailah yang menghulurkan bantuan. Akhirnya terselamatlah mereka dari mati kebuluran.

moral of the story
Takdir dan ikhtiar saling perlu memerlukan. Takdir adalah si buta dan ikhtiar adalah si lumpuh itu. Ikhtiar di sebabkan oleh takdir dan takdir di sebabkan oleh ikhtiar.

Justeru itu walaupun dirimu sudah di takdirkan menjalani kehidupan yang susah haruslah dia mengubah dengan berusaha supaya kesempitan hidup berubah kepada kesenangan.

sumber rujukan : AFKAR - Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam.
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.