Sunday, February 26, 2012

Buat Bakal Imamku


Bismillahirohamnirohimm

Datanglah ketika aku bersedia menerimamu dan bersedia memikul tanggungjawab yang murni ini. Ketika aku sudah selesai separuh tanggungjawab kepada keluarga terutamanya. Ketika aku mencari seorang Imam buat diriku untuk di bimbing dan di pimpin menuju redhaNYA. Bukan ketika aku mencari pengisi hati buat hati yang lelah dengan dosa. Jemu dengan kekosongan. Kerana kekosongan itu haruslah di isi dengan ibadah kepada Allah bukan cinta lelaki tidak halal.

Usah kau ganggu aku ketika aku sedang bergelut mencari masa untuk memenuhi kehendak mad'u, kehendak study, kehendak kerja -- ALLAH -- aku tidak mampu berlaku adil kepada semua kiranya kau hadir untuk mencari cinta dari ku!

Ketenanganku adalah apabila hati ini dekat pada Allah. Kebahagiaan aku adalah hati ini sentiasa mengingati Allah. Bukan dirimu yang belum halal untuk ku ingati. INGATLAH! Jadi buat diriku menangis mengingati dosaku... buatkan diri ku cinta dan rindu pada Illahi...buatkan diri ku malu pada Rasulullah.. itulah membuat aku tertarik dan tekad untuk memilihmu.. percayalah!

Tika aku bergurau dengan rakanku usahlah kau masuk campur. Kerana ketika itu malu ku segenap diri! Kerana kata manisku kepada rakan muslimah ku tidak sama gurauan ku padamu ketika halal nanti. Jadi usahlah kau mencuri dengar kata-kataku kerana ia belum layak buat dirimu. Hindarkan dirimu dari penyakit hati!

Cinta pada diriku sememangnya sukar dan pelik. Tetapi itulah perjuangan cintaku. Mencari yang halal selepas lafaz pernikahan. Jika dirasa aku begitu 'curang' kerana mencintai ALLAH dan Rasulullah sepenuh hati -- TINGGALKAN aku sendiri!

Dan ketahuilah.. itulah detik kebahagiaanku!

Hilanglah rasa keluh kesahku memikirkan dirimu yang tidak faham-faham..
Hilanglah rasa bersalahku kerana tidak dapat menerangkan padamu sebaik mungkin..

Ketahuilah..

Kebahagiaanku adalah apabila aku tidak memiliki apa yang aku inginkan tetapi ALLAH memilikiku dan aku di milikiNYA - SubhanaALLAH :)

Apa yang diberi olehNYA adalah terbaik buat diriku...
Dan aku percaya..ALLAH takkan menghampakan harapan hamba-hambaNYA...

Usahlah kesal jika perpisahan itu berlaku..
Tetapi KESAL LAH kiranya kau berpisah dari ALLAH

Ketahuilah...

Allah memisahkan kita untuk kita bertemu dan bercinta denganNYA --
Allah memisahkan kita untuk ditemukan dengan insan yang lebih baik dari dirinya..--
Allah pisahkan kita darinya kerana Allah tahu kita tidak bahagia dengannya..

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Imamku..

Aku mengerti dan aku sentiasa berdoa...
Suatu hari nanti.. moga ALLAH pertemukan kita dalam pertemuan yang diredhaiNYA. Dan aku akan tersenyum manis pada dirimu. Dan aku akan sentiasa menjadi pendampingmu dan aku sentiasa setia bersamamu suka mahupun duka.

InsyaALLAH..



0 message coming!!: